Sunday 6 March 2016

Kesimpulan

Kesimpulan daripada hasil dapatan kajian ini terdapat beberapa etika dan nilai murni yang boleh kita contohi. Sebagai contoh jika kita melakukan eksperimen perlu ada nilai keinsanan dan kedamaian pada alam sekitar supaya tidak berlaku sebarang kejahatan terhadap alam semesta.Kita juga perlu menerima segala pemberian yang diberi olehNya tanpa merungut atau mengubah segala ketetapan yang diberi.Selain itu, dengan ilmu metafizika akan terungkap apa itu agama dalam pemahaman yang hakiki dan jelaslah bahawa agama tak lain terdiri dari hukum-hukum yang realiti.

Walau bagaimana pun, ia memberi nilai tambah kepada peningkatan kualiti ialah setiap ciptaan dan rekan harus mempunyai kualiti dan supaya ramai yang akan menggunakan dan mengutamakan matlamat hidup dan bukannya untuk kepentingan peribadi dan merosakkan dunia, Penggunakan teknologi dengan sebaik mungkin tanpa memudaratkan diri disamping mensyukuri nikmat yang diberikan dari segi akal fikiran.

Seterusnya, dalam melakukan sesuatu kajian ciptaan dan rekaan, perlulah memelihara agama, bangsa dan negara. Jika ianya diabaikan, akan wujudnya kesan negatif yang mempengaruhi nama baik agama, bangsa dan negara. Justeru, sains teknologi tidak boleh menghalalkan sebarang rekaan dan pensenjataan yang dihasilkan hendaklah bertujuan untuk kedamaian.

No comments:

Post a Comment